ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Berlakunya Pertumpahan Darah di Kaabah


Perang di Tanah SUCI

Sambungan dari petanda-petanda kecil ke petanda.Sebenarnya, banyak petanda2 hari kiamat sudahpun berlaku di hadapan kita namun kita tidak menyedari peristiwa itu dan menganggap ia peristiwa biasa.Tanda2 ini telah diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun mengikut hadis2nya.

" Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda2 itu melainkan untuk menjadikan amaran". ( Al-Israk:59 )

Nabi pernah berkata antara tanda besar kiamat ialah "Orang akan pergi menunaikan haji tanpa mengikut imam, apabila sampai di Mina, puak2 akan berbunuhan sesama sendiri bagaikan anjing. Dan akan berlaku peperangan besar-besaran, sehingga setiap kaki akan tenggelam dalam tasik darah.. "

Orang Islam terlupa, atau buat2 lupa atau mungkin tidak perasan yang petanda ini sudahpun berlaku.Pada 20 November 1979, telah berlaku serangan keatas kaabah.Waktu itu adalah musim haji. 500 orang militan fanatik telah menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram Mekah.

Kumpulan itu diketuai oleh seorang lelaki yang bernama Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi, yang mahu umat Islam mengaku bahawa Muhammad bin Abdullah al Qahtani iaitu abang iparnya itu sebagai Imam Mahadi.Kumpulan Militan itu berjaya menawan Masjidil Haram.

Pasukan tentera khas Arab Saudi cuba memecah masuk pintu masjid dengan belbagai cara termasuk menggunakan kereta kebal namun tidak berjaya.Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan akhirnya meminta bantuan dari tentera Pakistan.General Zia Ul Haq telah mengarahkan tenteranya memberi bantuan dan berjaya menawan semula masjid.Sebaik sahaja masuk masjid, didapati banyak mayat bergelimpangan.Kumpulan militan itu cuba melarikan diri dengan menggunakan terowong bawah tanah tetapi lubang itu telah dituang air penuh.

Pertempuran itu menyaksikan yang 255 jemaah haji dan golongan militan telah terbunuh manakala 560 telah tercedera.127 terbunuh dan 451 cedera bagi pihak Arab Saudi.

Peristiwa itu berlaku pada hari pertama 1400 hijrah bersamaan 21 November 1979.Pada 1407 hijrah pula telah terjadi peristiwa yang seakan sama pada musim haji dan telah mengorbankan 402 nyawa.Kejadian itu telah diberitahu di dalam hadis " tunggulah berlakunya peperangan pada bulan syawal, dan penyembelihan sesama Islam pada bulan Zulhijjah.Jemaah terkorban pada bulan Zulhijjah dan darah akan tertumpah dan yang suci menjadi tercemar belakunya dosa2 besar berhampiran Kaabah." Kejadian itu berlaku pada 1407 hijrah dan berlaku di luar tetapi berdekatan dengan Kaabah.

Gerhana pada Ramadan berturut-turut

Nabi berkata '' Sebelum kemunculan Imam Mahadi, akan berlakunya secara berturut-turut dua gerhana pada bulan Ramadan"

Gerhana bulan atau matahari bukan peristiwa yang pelik tetapi bila berlakunya pada bulan Ramadan memang sesuatu yang agak pelik.

Dalam tahun 1982, gerhana bulan dan matahari berlaku berturut-turut dalam bulan Ramadan selama dua tahun berturut-turut.Iaitu berlaku pada 1981 bersamaan 1401 hijrah, gerhana bulan telah berlaku pada 15 Ramadan dan diikuti pula gerhana matahari pada 29 Ramadan pada 1402 hijrah.

Bintang Berekor

Sebelum munculnya Imam Mahadi sebutir bintang berekor iaitu komet akan muncul dari timur menurut 1 hadis.Komet itu akan muncul sebaik sahaja peristiwa gerhana pada bulan Ramadan ( dalam artikel lepas ).

Pada tahun 1989, sebuah komet yang diberi nama Komet Helley diliht lalu berdekatan dengan bumi, arahnya memang dari timur menuju ke barat.

Nabi Muhammad bersabda semasa kemunculan komet berekor bintang berekor, kaum Nabi Noh akan dibinasakan.Nabi Ibrahim akan dibakar dan Firaun yang menyeksa Nabi Musa akan terhapus.Kemunculan terakhir buntang berekor menandakan kedatangan Imam Mahadi.

Sesungguhnya bintang adalah sebagai satu tanda kepada manusia. Pada malam Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan, sebutir bintang muncul di langit. Istana raja Parsi menjadi retak dan runtuh. Api majusi yang membakar beratus ribu tahun terus padam.Tasik Sawa mengecil sehingga ternampaknya perigi rahsianya.

'Abah Tengok Tu, Diorang Guna Stroller Murah'


Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil

Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. "Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat". Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, "Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?". Si bapa menjawab "Kita punya lagi mahal". Anaknya menambah "Kan, dia punya tu local je tu". Saya hanya mampu menggeleng. 

Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, " Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus". Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan?

Pada hari raya lalu, seorang budak bertanya kepada Aqeef, "Wah awak duduk London, pernah naik Lamborghini tak. Kalau naik Ferrari pun ok tapi Ferrari murah sikit. Audi yang paling murah tapi Audi lagi bagus daripada proton. Ayah saya bawak kereta begini". Aqeef terdiam dan terus melarikan diri. Pertama kerana Aqeef waktu itu tidak fasih dan kurang faham bahasa Melayu. Kedua kerana kami memang tidak pernah mengajar anak-anak tentang jenama, baik kereta, baju, tempat makan dan sebagainya. Aqeef tidak pernah merasa teruja melihat kereta mewah yang menjalar atas jalan raya di London kerana dia tidak pernah tahu berapa harga kereta berjenis begini begitu, mana lebih laju mana lebih mewah dan sebagainya. 

Persoalan saya, nilai apa yang mahu kita semat dalam diri anak-anak kita? Wajarkah anak-anak yang masih hijau usianya dibiarkan membanding-bandingkan harta benda harga dan jenama serta paras rupa fizikal. Perkara membanding-bandingkan ini tidaklah nampak besar di mata kita orang dewasa sepertimana nilai-nilai utama lainnya - hormati orang tua, jangan membazir, jangan bunuh orang, tapi bagi anak kecil, nilai sebegini memberi impak besar dalam hidup mereka kelak.

Mungkin hari ini mereka menilik stroller siapa lebih mahal, pengalaman menaiki supercar mewah mengikut harga pasaran dan gelang emas tulen atau saduran seperti yang dipakai oleh ibunya, di kemudian hari mereka akan mula membincangkan ibu siapa berkerjaya, pangkat bapa siapa paling besar, kereta keluarga siapa paling mahal, dan lebih teruk mereka mungkin akan mula memperkatakan tentang ketidakupayaan rakan lain, mulai belajar menyisihkan rakan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, hanya mahu berkawan dengan orang yang mempunyai standard tertentu, anak-anak orang berkerjaya sekian-sekian, atau pelajar cemerlang yang dapat markah 100% semua subjek. Mereka akan membesar dengan memiliki hati yang tidak perlu kepada rasa empati dan kemanusiaan. 

Kita boleh tengok masalah seperti ini dalam sinetron Indonesia misalnya yang anak-anak sekolah rendahnya sudah pandai mengejek rakan satu kelas yang tempang kaki atau compang camping pakaiannya, anak-anak sekolah menengah atasnya baru berusia belasan tahun sudah bergaya dengan kereta mewah ke sekolah, memulaukan anak penjual bakso. Ataupun dalam cerita Hollywood bila gadis berbadan cantik dari kumpulan sorak bersama dengan pelajar lelaki sasa pemain football bersatu hati membuli gadis gemuk dan jejaka autistic sehingga mengakibatkan tekanan dalam diri mangsa buli dan menimbulkan keinginan bunuh diri atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (massacre) kerana rasa tidak puas hati dibuli dan dipulau.

Apabila anak yang semasa kecilnya tidak dibendung atau memang dengan sengaja diajar membanding-bandingkan harta, harga dan jenama, rupa paras, taraf hidup ini meningkat dewasa, masalah membanding-banding akan berlarutan menjadi masalah lain pula. Mereka akan mula membandingkan diri dengan orang lain, melahirkan rasa tidak berkecukupan dan payah untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki serta sanggup berbuat sesuatu melebihi kemampuan diri seperti berhutang keliling pinggang, rasuah, pecah amanah untuk membeli barangan mewah, atau menjalani pembedahan plastik tahap ekstrem untuk kelihatan cantik demi memastikan dia juga mampu melakukan atau memiliki apa yang orang lain ada. Ia dipanggil persaingan tidak sihat.

Anak-anak kecil kita, terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta. Jangan biarkan kebiasaan dari kecil merosakkan persepsi dan pegangan hidup mereka apabila dewasa. - Norfaradina / THEHYPERMEDIA.COM


Puting Payudara Isteri Bau Rokok Akhirnya Bongkar Kecurangan Isteri Gebu

ENTAH di mana kurangnya layanan batin yang diterima dari suami sendiri, seorang wanita yang juga ibu beranak satu sanggup ‘makan luar’ dengan lelaki lain malah mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Tapi cerita kecurangan tersebut akhirnya terbongkar dengan cara tragis sehingga si suami bernama Azam bertindak nekad menceraikan isterinya itu dengan talak satu!
Dikongsi di portal eberita.org, kisah curang berkenaan sebelum itu sudah pun dihidu oleh rakan si suami yang pernah terlihat wanita berkenaan masuk ke sebuah hotel bajet murah bersama lelaki yang tidak dikenali pada waktu malam.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
Walau bagaimanapun, cerita yang dipanjangkan kepada Azam oleh temannya itu langsung tidak diendahkan. Ikut logik Azam, mana mungkin isterinya berselingkuh kerana dia bekerja syif malam.
Namun lama-kelamaan, perubahan sikap dan ‘layanan’ yang diberikan si isteri membuatkan detik hati Azam mulai was-was lantas dia mula membuat siasatan sendiri bagi kesahihan spekulasi yang sampai ke telinganya.
Pada suatu malam, curiga Azam mula bertunaskan cemburu dan marah apabila dua biji matanya sendiri menjadi saksi kepada keakraban isterinya dengan seorang lelaki yang cukup bergaya, segak dan memiliki kemewahan.
Gaya mereka seperti pasangan yang sedang mabuk cinta membuatkan perasaan Azam bergelumang dengan berang.
Tak boleh jadi ni… Azam terus pulang ke rumah dan nekad menunggu isterinya pulang bagi menyelesaikan sendiri kemelut yang bertandang dalam dadanya.
Setelah isterinya pulang ke rumah, tanpa berlengah Azam terus menarik tangan wanita berkenaan sehingga tubuhnya jatuh ke lantai lantas merenggut baju yang membalut tubuh sehingga menampakkan payudara si isteri.
Dia kemudian bertindak mencium puting payudara wanita itu bagi mencari bukti kecurangan. Mengejutnya, dia mengesan bau hanyir dan rokok di kawasan sulit pada puting buah dada tersebut.
Luluh hati si suami. Azam kemudiannya mengambil keputusan melepaskan isterinya dengan talak satu!
Walaupun kisah yang dikongsi di portal berkenaan hanyalah satu cerita yang tidak mempunyai sumber yang sahih, namun memandang dari satu sudut, ia mampu dijadikan pedoman buat pasangan berkahwin untuk lebih berhati-hati dan sentiasa jujur antara satu sama lain.
Apalah gunanya perkahwinan kalau di belakang, ada antara suami mahupun isteri berlaku curang…


Top