ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Perang di Tanah SUCI

Sambungan dari petanda-petanda kecil ke petanda.Sebenarnya, banyak petanda2 hari kiamat sudahpun berlaku di hadapan kita namun kita tidak menyedari peristiwa itu dan menganggap ia peristiwa biasa.Tanda2 ini telah diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun mengikut hadis2nya.

" Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda2 itu melainkan untuk menjadikan amaran". ( Al-Israk:59 )

Nabi pernah berkata antara tanda besar kiamat ialah "Orang akan pergi menunaikan haji tanpa mengikut imam, apabila sampai di Mina, puak2 akan berbunuhan sesama sendiri bagaikan anjing. Dan akan berlaku peperangan besar-besaran, sehingga setiap kaki akan tenggelam dalam tasik darah.. "

Orang Islam terlupa, atau buat2 lupa atau mungkin tidak perasan yang petanda ini sudahpun berlaku.Pada 20 November 1979, telah berlaku serangan keatas kaabah.Waktu itu adalah musim haji. 500 orang militan fanatik telah menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram Mekah.

Kumpulan itu diketuai oleh seorang lelaki yang bernama Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi, yang mahu umat Islam mengaku bahawa Muhammad bin Abdullah al Qahtani iaitu abang iparnya itu sebagai Imam Mahadi.Kumpulan Militan itu berjaya menawan Masjidil Haram.

Pasukan tentera khas Arab Saudi cuba memecah masuk pintu masjid dengan belbagai cara termasuk menggunakan kereta kebal namun tidak berjaya.Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan akhirnya meminta bantuan dari tentera Pakistan.General Zia Ul Haq telah mengarahkan tenteranya memberi bantuan dan berjaya menawan semula masjid.Sebaik sahaja masuk masjid, didapati banyak mayat bergelimpangan.Kumpulan militan itu cuba melarikan diri dengan menggunakan terowong bawah tanah tetapi lubang itu telah dituang air penuh.

Pertempuran itu menyaksikan yang 255 jemaah haji dan golongan militan telah terbunuh manakala 560 telah tercedera.127 terbunuh dan 451 cedera bagi pihak Arab Saudi.

Peristiwa itu berlaku pada hari pertama 1400 hijrah bersamaan 21 November 1979.Pada 1407 hijrah pula telah terjadi peristiwa yang seakan sama pada musim haji dan telah mengorbankan 402 nyawa.Kejadian itu telah diberitahu di dalam hadis " tunggulah berlakunya peperangan pada bulan syawal, dan penyembelihan sesama Islam pada bulan Zulhijjah.Jemaah terkorban pada bulan Zulhijjah dan darah akan tertumpah dan yang suci menjadi tercemar belakunya dosa2 besar berhampiran Kaabah." Kejadian itu berlaku pada 1407 hijrah dan berlaku di luar tetapi berdekatan dengan Kaabah.

Gerhana pada Ramadan berturut-turut

Nabi berkata '' Sebelum kemunculan Imam Mahadi, akan berlakunya secara berturut-turut dua gerhana pada bulan Ramadan"

Gerhana bulan atau matahari bukan peristiwa yang pelik tetapi bila berlakunya pada bulan Ramadan memang sesuatu yang agak pelik.

Dalam tahun 1982, gerhana bulan dan matahari berlaku berturut-turut dalam bulan Ramadan selama dua tahun berturut-turut.Iaitu berlaku pada 1981 bersamaan 1401 hijrah, gerhana bulan telah berlaku pada 15 Ramadan dan diikuti pula gerhana matahari pada 29 Ramadan pada 1402 hijrah.

Bintang Berekor

Sebelum munculnya Imam Mahadi sebutir bintang berekor iaitu komet akan muncul dari timur menurut 1 hadis.Komet itu akan muncul sebaik sahaja peristiwa gerhana pada bulan Ramadan ( dalam artikel lepas ).

Pada tahun 1989, sebuah komet yang diberi nama Komet Helley diliht lalu berdekatan dengan bumi, arahnya memang dari timur menuju ke barat.

Nabi Muhammad bersabda semasa kemunculan komet berekor bintang berekor, kaum Nabi Noh akan dibinasakan.Nabi Ibrahim akan dibakar dan Firaun yang menyeksa Nabi Musa akan terhapus.Kemunculan terakhir buntang berekor menandakan kedatangan Imam Mahadi.

Sesungguhnya bintang adalah sebagai satu tanda kepada manusia. Pada malam Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan, sebutir bintang muncul di langit. Istana raja Parsi menjadi retak dan runtuh. Api majusi yang membakar beratus ribu tahun terus padam.Tasik Sawa mengecil sehingga ternampaknya perigi rahsianya.

About Kerja Kosong

THE HYPER MEDI4 ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan:

Post a Comment


Top