ads

Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Rahmat di sebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung.

Saat mengandung, selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok belakang badan. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri, lalu memberikan sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuatkan anak di dalam rahimnya juga bersama ibu dan ayahnya.

Wanita mengandung kadang-kadang tak boleh tidur malam. Susah mahu tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak sudah dilahirkan kelak.

Isteri kadang-kadang tidak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan memicit-micit badan isteri, berikan hadiah, sentuh perut isterinya. Isteri disediakan mental untuk melayan anak-anaknya nanti.

Paling syahdu bila dukung atau papah isteri bila mana dia tidak larat atau selepas bersalin untuk ke bilik atau ke mana-mana. Saling bermaafan, masing-masing banyakkan berdoa dan berzikir.

Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak di dalam rahimnya itu memerlukan kasih sayang. 

Hebat wanita. Biasanya semua orang tidak suka jika ada perkara yang membebankan. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak menyepak perutnya. Terasa ada pergerakan di dalam perutnya adalah satu nikmat baginya. Ibu jika terjatuh atau sakit, yang dirisaukan adalah kandungannya, yang ingin diselamatkan dahulu. Allah tanamkan perasaan sayang di dalam hatinya. Indahnya menyayangi dan melupakan segala kesakitan dan keperitan.

Ramai suami benar-benar jatuh cinta apabila isteri mereka mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri melahirkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak. 

Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai, mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin. 

Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak, semuanya diperhatikan dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga.

Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan, inshaAllah, Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.

Ya Allah, permudahkanlah buat semua ibu mengandung dan bersalin. Ya Allah, maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah, rahmatilah wanita yang ingin mengandung tetapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka. - Facebook | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPER MEDI4 ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama

Tiada ulasan:

Post a Comment


Top